Syair Hijrah Sang Nabi (Nabi Muhammad S.A.W)

Tersebutlah kisah hijrah Sang Nabi,
Satu Muharam sejarah terperi,
Kota Yathrib sedia menanti,
Kedatangan Nabi yang telah dijanji.

As Siddiq pula gelar utama,
Menemani Rasul hijrah bersama,
Segala rintangan suka dan duka,
Menjadi perisai Nabi yang mulia.

Dikurniai Allah Wajah Yang Mulia,
Saiyidina Ali sangat berjasa,
Mengganti Nabi di kamar baginda,
Hingga terpedaya petaka durjana.

Tiada gentar didalam hati,
Digeruni musuh tiada terperi,
Al Faruq pula gelaran diberi,
Saiyidina Umar seorang pemberani.

Termaktub sudah Hijrah Sang Nabi,
Perintah Allah tiada di ingkari,
Gemilang Islam terus mewangi,
Sirnalah kufur iman menerangi.

Hayati Muhammad769
Seremban
30 Julai 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *